top of page

Being a soldier is more than courage.

It sacrificing yourself for something greater than yourself"

Selamat Datang

Sejarah Penubuhan

Penubuhan Batalion Kedua Puluh Satu, Rejimen Askar Melayu DiRaja ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat melalui percantuman atau pertukaran designasi antara pasukan Rejimen Askar Melayu iaitu Batalion Ke-21 RAMD asal dan Batalion Ke-28 RAMD. Pertukaran designasi ini telah membawa kewujudan Batalion Kedua Puluh Satu Rejimen Askar Melayu Diraja yang baru pada 1 Jan 1983.Batalion Ke-21 RAMD telah berfungsi sebagai Batalion Bantuan PULADA sementara Batalion Ke-28 RAMD pula ditukarkan menjadi 21 RAMD manakala anggota diserapkan terus ke unit-unit 15 RAMD, 16 RAMD dan 23 RAMD. Pada masa yang sama perasmian penubuhan batalion ini telah diadakan di Kem Tebrau, Johor Bharu dengan kekuatan 4 pegawai dan 250 LLP.

bottom of page